MENU

ydp mphtj

 BISMILLAHIRRAHIMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

BERMULANYA 2017, saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang berganding bahu bersama saya untuk meningkatkan kecemerlangan di dalam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke-4 di Melaka dalam erti kata lain, membuat penambahbaikan di atas kesinambungan kejayaan yang diperolehi selama 7 tahun sejak penubuhannya 1 Januari 2010.

Misi  untuk menjadi salah satu Pihak Berkuasa Tempatan yang cemerlang dan terbaik di negara ini, antara tumpuan utama saya sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya kelima. Sebagai PBT yang terletak dalam pusat pentadbiran kerajaan negeri dan menjurus kawasan bandaraya, beliau menegaskan, imej MPHTJ amat penting dalam menyediakan satu rangka yang boleh memberi contoh baik untuk Melaka.

Kita berhasrat untuk menjadikan MPHTJ mampu mencapai tanda aras menjadi sebuah Majlis Bandaraya dan perbandaran hijau serta mampan sejajar matlamat Melaka menjadi negeri Bandaraya Teknologi Hijau pada tahun 2020.

Saya berhasrat ingin menjadikan penanda aras berkenaan bagi membolehkan segala kekurangan dan kelemahan yang ada dilihat supaya penambahbaikan dalam pelbagai aspek dilaksanakan dalam menjalankan tugas berkaitan perbandaran. Ini penting untuk menjadikan kawasan kediaman dan bandar di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya sentiasa bersih serta indah, di samping meningkatkan keharmonian juga kesejahteraan hidup penduduk setempat.

Saya mengajak semua warga kerja Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya agar dapat bekerja sama saya, bukan bekerja untuk saya sepanjang saya menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ini.

YBHG DATUK HAJI MURAD BIN HAJI HUSIN

YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA