Fungsi MPTHJ
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya berperanan yang penting di dalam memaju dan membangunkan kawasan pentadbirannya. Antara peranan terpenting Majlis ialah seperti berikut:
Merancang, mengawal dan menggalakkan pembangunan kawasan perbandaran sesuai dengan undang-undang dan dasar-dasar
pembangunan Negeri dan Negara.
Menyedia dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan awam seperti jalan raya, perparitan, lampu-lampu jalan, pasar, gerai, tandas
awam, perhentian bas dan teksi serta lain-lain.
Menyelia perkhidmatan bandaraya dan kesihatan umum kepada penduduk-penduduk seperti perkhidmatan pembersihan dan pelupusan
sisa pepejal, pelupusan najis, pembersihan, jalan, parit dan lain-ain.
Mengawasi kesihatan awam dengan mengawal pengendali makanan, mencegah penyakit berjangkit, memusnahkan serangga makhluk
perosak dan sebagainya.
Merancang dan melaksanakan projek-projek pengindahan dan kebersihan bandar dan tempat-tempat pelancongan.
Menyedia dan menyelenggara kompleks-kompleks sukan, pusat-pusat rekreasi, taman-taman dan lain-lain kemudahan bandar.
Merancang menggalakkan aktiviti perdagangan, perindustrian dan pelancongan bersesuaian dengan strategi pembangunan negeri.
Merancang dan menggalakkan pembangunan sektor perniagaan dengan cara mengadakan kemudahan tambahan dan pengeluaran
lesen-lesen premis perniagaan.