MENU

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976, (Akta 171) sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan bagi kawasan Hang Tuah Jaya. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya mula beroperasi pada 1 Januari 2010.

Berkeluasan 35,733.04 ekar, Hang Tuah Jaya terletak di tengah-tengah Negeri Melaka meliputi kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri dan merangkumi 3 Daerah iaitu sebahagian Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ini berperanan penting kerana Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka terletak di dalam kawasan pentadbirannya. Adalah menjadi aspirasi Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadikan kawasan Perbandaran Hang Tuah Jaya ini sebagai kawasan kosmopolitan yang mampu menjana pembangunan pelbagai aspek meliputi Ekonomi, Sosial, Infrastruktur dan Rekreasi menerusi penerapan konsep K-Ekonomi, I-Village, K-Komuniti dan Bandar Siber.

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan berusaha gigih mengurus tadbir dan memastikan Hang Tuah Jaya membangun menjadi sebuah Bandaraya Pintar dari aspek pentadbiran, perkhidmatan dan perekonomian yang ideal untuk belajar, bekerja, mendiami dan berekreasi seiring gagasan 1 Malaysia. Perancangan yang teliti dan bersistematik akan menjadikan kawasan Perbandaran ini kawasan persekitaran yang selamat, kondusif dan dapat mempertingkatkan kualiti kehidupan penduduknya.

Kawasan Pentadbiran ini mengandungi Sembilan Mukim seperti yang dinyatakan dibawah :Enam (6) di Daerah Melaka Tengah

  • Sebahagian Mukim Batu Berendam
  • Sebahagian Mukim Bukit Baru
  • Sebahagian Mukim Bukit Katil
  • Sebahagian Mukim Bachang
  • Sebahagian Mukim Peringgit
  • Sebahagian Mukim Ayer Molek

 

Satu (1) di Daerah Alor Gajah

  • Sebahagian Mukim Durian Tunggal

 

Dua (2) di Daerah Jasin

  • Sebahagian Mukim Ayer Panas
  • Sebahagian Mukim Kesang

 

 Kawasan Pentadbiran MPHTJ turut mengandungi Enam (6) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)
No Dun
1  Dewan Undangan Negeri Bukit Baru
2  Dewan Undangan Negeri Ayer Molek
3  Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal
4  Dewan Undangan Negeri Bemban
5  Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh
6  Dewan Undangan Negeri Bachang