MENU

Logo Rasmi

Logo Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

 

 Rasional Logo
logo MPHTJ  Simbol Bulatan
Simbolik kepada kesepakatan dan perpaduan adalah teras utama didalam Majlis Perbandaran Hang 
Tuah Jaya untuk terus maju kehadapan.
logo MPHTJ  Simbol Bukit/Gunung
Simbolik kepada liku-liku perjalanan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) didalam memajukan
dan memodenkan Perbandaran Hang Tuah Jaya.
logo MPHTJ  Simbol Huruf H dan T
Singkatan daripada nama pahlawan terbilang iaitu Hang Tuah. Ianya bertujuan mengambil semangat
yang ada pada pahlawan Hang Tuah iaitu semangat juang yang tinggi yang tersemat dihati setiap
ahli Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya(MPHTJ).
logo MPHTJ  Simbol Keris
Simbolik kepada Keris Taming Sari yang menjadi salah satu ikon negeri Melaka. Huruf T juga
terdapatpada keris tersebut yang memberi maksud Tuah, mengangkat nama Negeri Melaka sebagai
negeri yang bertuah.
logo MPHTJ  Simbol 3 Garisan
Melambangkan perpaduan kaum yang berbilang dan saling bekerjasama diantara satu sama yang
lain. Menjadikan kemuafakatan didalam kehidupan seharian didalam Hang Tuah Jaya.