MENU

KEW.PA-27

KENYATAAN JUALAN LELONGAN ASET ALIH KERAJAAN

DimaklumkanbahawaMajlisPerbandaran Hang Tuah Jaya akan mengadakan jualan lelong aset sepertiberikut:-

            Tarikh            :           17 Mei 2017 (Rabu)

            Masa              :           10.00 pagi

          Tempat          :           Lot G27, Aras Bawah, Kompleks Melaka Mall,

                                            JalanTun Abdul Razak-Lebuh Ayer Keroh,

               Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka

 

2.        Senaraiaset yang akan dilelong adalah seperti di KEW.PA-27(A). Semua aset akan dipamerkan pada tarikh11Mei 2017 (Khamis) dan12Mei 2017 (Jumaat) di alamat Lot G27, Aras Bawah, Kompleks Melaka Mall, JalanTun Abdul Razak-Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya,75450 Ayer Keroh, Melaka di antara masa:

               Sesipertama :             9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

            Sesikedua    :            3.00 petang hingga 4.30 petang.

  1. Syarat dan peraturan lelong adalah seperti berikut:-
  • Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.
  • Pembida yang berminat untuk menyertai lelongan, perlu mendaftar dengan Pegawai Pelelong dengan memberikan nama penuh, no. Kad Pengenalan dan alamat kepada Pegawai Pelelong semasa lelongan dilakukan serta membayar deposit sebanyak 5% daripada harga simpanan atau maksimum RM1,000.
  • Penawar harga tertinggi adalah pembida yang berjaya dan jika ada apa-apa perselisihan yang berbangkit mengenai penawar yang tertinggi, aset berkenaan akan dilelong semula.
  • Jabatanberhakmengubahsusunanjualantersebut di senaraiKEW.PA-27(A) dan menarik balik mana-mana aset daripada senarai tersebut.
  • Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual. 
  • Semua perbelanjaan bagi mengangkut aset hendaklah ditanggung oleh pembida sendiri.
  • Pembida yang berjaya hendaklah memberitahu nama penuh, no. Kad Pengenalan dan alamat kepada Pegawai Pelelong semasa jualan dilakukan.
  • Pembayaran penuh hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh lelongan.
  • Pembida yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh lelong. Jika tidak, Jabatan berhak untuk melupuskannya.