MENU
Kereta Lembu    
Menaiki kereta lembu tradisional Melaka adalah satu aktiviti yang tidak sepatutnya ditinggalkan oleh pengunjung ke Melaka kerana ia dapat memberikan satu kepuasan yang amat berbeza. Kereta lembu yang merupakan kenderaan pengangkutan utama di Melaka suatu ketika dahulu, adalah lain dari kereta lembu yang ada di negeri lain. Kereta lembu tradisional Melaka dihiasi dengan perhiasan yang beraneka warna dan mempunyai bumbung yang sama bentuknya seperti tanduk lembu.