MENU

Kolam Air Panas Jasin
 

Taman Rekreasi Air Panas Jasin atau Jasin Hot Springs Recreational Park merupakan satu destinasi istirehat yang perlu dikunjungi sekiranya berada di Kampung Ayer Panas. Kolam yang menyediakan air mineral semula jadi iaitu air mineral suam tinggi sulfur putih beralkali atau alkaline white-sulphur warm springs menyihatkan seisi keluarga kerana khasiat air mineral boleh mencantikkan kulit, menyembuhkan penyakit kulit dan menghilangkan tekanan.

Harga tiket yang dikenakan untuk pengunjung dewasa ialah RM2.00 pada setiap hari selasa sehingga jumaat dan RM6.00 pada hujung minggu serta cuti am. Manakala bagi kanak-kanak pula, bayaran sebanyak RM2.00 dikenakan pada hari selasa sehingga jumaat serta RM3.00 pada hujung minggu dan cuti am.