MENU

Negeri Melaka di temui oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja Palembang. Parameswara dan pengikutnya telah menyelamatkan diri apabila Kerajaan Majapahit menguasai Palembang setelah Parameswara gagal untuk percubaan rampasan kuasa dan mengambil keputusan meninggalkan Palembang. Pada 1399, Parameswara dan pengikutnya meninggalkan Muar dan menuju utara melalui Sening Hujung dan Bertam. Parameswara telah memberi nama tempat persinggahannya sebagai Melaka sempena nama sepohon kayu yang terdapat di tebing muara sungai dan menjadi tempat perteduhan Parameswara. Parameswara juga berazam untuk memajukan Melaka sebagai sebuah petempatan yang tekenal.

 Parameswara berjaya membangunkan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang terpenting dan sebuah kerajaan terkuat kerana :

  •    kedudukan strategik untuk kapal berulang - alik
  •    benteng pertahanan yang terdiri daripada bukit bukau yang bertentangan dengan muara sungai sesuai untuk didirikan kota.
  •    perlindungan semula jadi yang terdiri daripada pohon api-api dan bukau di persisiran pantai.
  •    muara sungainya terlindung daripada tiupan angin dan memudahkan kapal berlabuh dengan selamat.
  •    pentadbiran yang cakap dan mantap
  •    menjadi pusat penyebaran dan pusat pengajian agama islam

Akibat faktor - faktor di atas inilah banyak negara yang menyimpan hasrat untuk menawan Melaka sebagai negara jajahan mereka. Antara negara yang pernah menawan Melaka ialah Portugis,Belanda, Jepun dan Inggeris.