MENU
  Masjid Kampung Keling
Masjid ini terletak di Jalan Tukang Emas Melaka. Di hujung jalan ini pula terletaknya Tokong Cheng Hoon Teng. Keseluruhan kawasan ini juga di kenali sebagai street of harmony bersempena dengan usaha Belanda pada masa pemerintahannya untuk menjadikan kawasan muhibah. Ia telah dibina pada tahun 1161 Hijrah bersamaan 1748 oleh Che Mat Haji Kecut.Masjid Kampung Keling telah diwarta di bawah Enakmen Pemuliharaan Dan Pemugaran Warisan Budaya 1988(Pindaan 1993).