MENU
IKLAN SEWAAN BANGUNAN TAMAN BOTANIKAL AYER KEROH
1. Permohonan adalah dipelawa kepada individu/syarikat yang berminat untuk menguruskan Bangunan Taman Botanikal milik Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
 
2. Komponen Bangunan adalah seperti berikut :
i. ‘Ballroom’
ii. Kafeteria
iii. Ruang Pejabat
 
3. Tawaran dibuka mulai 1 Jun 2016 sehingga 14 Jun 2016 sebelum 12.00 Tengahari mengikut syarat-syarat permohonan berikut :
i. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap.
ii. Pemohon perlu mengemukakan kertas cadangan pengurusan Bangunan Taman Botanikal.
iii. Pemohon perlu mengemukakan profil syarikat.
iv. Pemohon hendaklah menjelaskan bayaran proses permohonan penyewaan sebanyak RM10.00 satu permohonan. Pemohon yang berjaya tidak boleh menyewakan premis kepada pihak ketiga (sub-tenant).
 
4. Segala pertanyaan boleh di kemukakan kepada Encik Hafiz Bin Suboh dari Bahagian Pengurusan Harta (Unit Penswastaan), Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya di talian 06-2323773