MENU

PROSES KERJA UNTUK AKTIVITI TEMPAHAN KUBUR DI TANAH PERKUBURAN JELUTONG
 

JAWATAN

PROSES KERJA

Pemohon

  • Mengemukakan dokumen seperti berikut :-
    1.      Borang Tempahan yang telah lengkap
    2.      Salinan kad pengenalan bagi pemilik dan pemohon (jika pemohon bukan pemilik kubur)
    3.      Gambar berukuran pasport dua keping

JT

  • JT menerima dokumen permohonan dari pemohon dan cop tarikh terima di dalam borang tempahan.
  • JT menyediakan bil rampai dengan bayaran sebanyak RM 1,500.00 bagi setiap permohonan dan diserahkan kepada pemohon untuk dibuat pembayaran.

Pemohon

  • Pemohon membuat bayaran untuk proses pengkebumian mayat / jenazah dan menyerahkan salinan bayaran Bil Rampai kepada JT.

JT

  • Membuat salinan Bil Rampai untuk rekod jabatan dan menyerahkan keratan borang Permohonan Untuk Tempahan kubur yang telah di sahkan kepada pemohon.
  • Meminta pemohon mengisi surat Aku Janji dan JT membacakan keterangan kandungan surat kepada pemohon.

Pemohon

  • Mengisi surat Aku Janji dengan disaksikan oleh JT .

JT

  • Cop terima surat Aku Janji dan membuat salinan surat tersebut dan simpan sebagai rekod.
  • Menyerahkan keratan borang tempahan kepada pemohon.
  • Memaklumkan kepada penjaga / penyelia kubur berkenaan masa dan tarikh yang bersesuaian untuk melakukan kerja-kerja menggali kubur yang telah ditempah.

Pemohon

  • Pemohon menunjukkan keratan kebenaran kepada penjaga / penyelia tanah perkuburan bagi tujuan rekod dan identifikasi lokasi lot kubur.

Penjaga / Penyelia Kubur

  • Melakukan kerja-kerja menggali kubur seperti yang diarahkan JT

Pemohon

  •  Membina konkrit dan menutup lubang kubur sepertimana yang terkandung dalam surat Aku Janji.
  • Sekiranya pemilik telah meninggal, waris akan mengemukakan dokumen tempahan kepada JT untuk tujuan rekod.

JT

  • Merekod permohonan