+606 232 3773

ISNIN - JUMAAT : 08:00AM - 05:00PM

Bazar Ramadan MITC Pindah Lokasi Baharu

berita004

Bazar Ramadan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini bakal berpindah ke lokasi baharu ke Dataran Sejarah, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman.

Menurutnya, cadangan untuk memindahkan bazar yang sudah beroperasi sejak tahun 2010 tersebut disebabkan ia berdekatan dengan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang masih beroperasi. Beliau berkata, pemindahan itu dilakukan berikutan dibimbangi keadaan bising di bazar boleh mengganggu mereka yang masih mendapat rawatan di PKRC tersebut.

“Perkara ini masih di peringkat cadangan dan akan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) dalam masa terdekat. “Melihat PKRC masih beroperasi menangani kes Covid-19, ada kewajarannya lokasi baharu bazar berpindah ke Dataran Sejarah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau Leypark Station di sini, malam tadi.

Shadan berkata, jika PKRC ditutup sebelum menjelang Ramadan, ada kemungkinan bazar itu akan kekal beroperasi di MITC. Menurut beliau, pihaknya telah menerima permohonan daripada penganjur untuk membukanya di MITC seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Lokasi baharu bazar ini iaitu di tapak Leypark Station dilihat sangat menarik kerana sudah ada pengunjung tetap dan peniaga tidak perlu risau,” ujarnya. “Jika diluluskan oleh kerajaan negeri lokasi baharu itu akan diselaraskan dengan Leypark Station dan beberapa kemudahan akan disediakan oleh MPHTJ,” jelasnya.

Menurutnya, setakat ini, MPHTJ membuat keputusan hanya dua bazar Ramadan telah diluluskan beroperasi iaitu di KIP Mall Bachang dan MITC. “MPHTJ tidak menerima sebarang permohonan baharu bazar selain di Bachang dan Ayer Keroh. Jika ada kita akan lihat ia bersesuaian atau pun tidak, baru permohonan diluluskan,”ujarnya.


 Sumber : https://www.utusan.com.my/nasional/komuniti/2022/02/bazar-ramadan-mitc-pindah-lokasi-baharu/

Pin It
Pelawat Dari Jan 2022
01536809
Today: 741
  • Kemaskini Terakhir : Khamis 30 Jun 2022.
logo ypkt footer

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya,
SF-01, Aras 2, Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak - Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450, Ayer Keroh, Melaka.

GPS : 2°13'56.0"N 102°16'55.7"E

Talian Am : +606 - 232 3773 / +606 - 232 2778
e-Mel : admin@mphtj.gov.my