+606 232 3773

ISNIN - JUMAAT : 08:00AM - 05:00PM

Ingin Terbang di Tasik Ayer Keroh?

berita002

Aktiviti flyboard akan menjadi tarikan terbaharu paling unik bagi pengunjung yang datang ke Tasik Ayer Keroh di sini Mac ini, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman.

Katanya kepada Utusan Malaysia, produk pelancongan itu bakal membolehkan pengunjung menikmati pengalaman menarik. Ini seperti menaiki roket serta terawang di udara bagaikan adegan dalam sebuah filem.

Beliau berkata, flyboard diperkenalkan kepada pengunjung selepas aktiviti sukan air di Tasik Ayer Keroh telah terhenti sejak lebih tiga tahun lalu. “Flyboard ini mempunyai ciri keselamatan seperti jaket keselamatan, topi keledar dan ia dikawal oleh seorang kakitangan yang berada di atas bot lain.

“Sebelum pengunjung ingin menaikinya, satu taklimat keselamatan akan diberitahu bagi memastikan mereka mematuhinya. Memandangkan ia dijalankan di tengah-tengah tasik,” katanya ketika dihubungi. Shadan menambah, pihaknya telah melantik sebuah syarikat untuk mengendalikan sebanyak tiga buah flyboard.

Katanya, produk itu diyakini bakal menjadi ‘pisang goreng panas’ berdasarkan penerimaan masyarakat daripada ujian yang telah dijalankan baru-baru ini. “Kadar caj yang akan dikenakan kepada pengunjung, perkara tersebut masih belum diputuskan lagi. “Pada masa ini kita sedang menyediakan pengkalan untuk meletakkan flyboard, bilik taklimat keselamatan dan kawasan persekitaran tasik mula diperindahkan,” ujarnya.


 Sumber : https://www.utusan.com.my/nasional/komuniti/2022/02/terbang-di-tasik-ayer-keroh/

Pin It
Pelawat Dari Jan 2022
01536809
Today: 741
  • Kemaskini Terakhir : Khamis 30 Jun 2022.
logo ypkt footer

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya,
SF-01, Aras 2, Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak - Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450, Ayer Keroh, Melaka.

GPS : 2°13'56.0"N 102°16'55.7"E

Talian Am : +606 - 232 3773 / +606 - 232 2778
e-Mel : admin@mphtj.gov.my