MENU
  Kuil Sikh Bukit China
Kuil Sikh Bukit China ini telah dibina sekitar tahun 1925 dan kini lebih di kenali dengan nama Gurdwara Sahib Melaka. Kuil ini pernah digunakan sebagai tempat beribadat oleh 200 ke 250 orang polis berketurunan Punjabi yang berkhidmat di Melaka ketika itu. Granthi pertama yang berkhidmat pada tahun 1927 di kuil ini bernama Sohan Singh dan telah di iktiraf oleh penganut sikh sebagai pemimpin suci bagi mereka.

 

Kuil Sri Poyyata Vinayagar Moorthi  
Kuil ini terletak di Jalan Tukang Emas bersempadan dengan Masjid Kampung Keling. Dibina semasa zaman Belanda pada tahun 1791. Kini Kuil Sri Poyyata Vinagar Moorthi,menjadi tempat beribadat bagi penganut Hindu yang terdiri daripada Chetti di Melaka.