MENU
  Tokong Bunga Raya
Tokong ini terletak di Jalan Bunga Raya ini di percayai dibina sekitar tahun 1800 (220 tahun) yang lalu oleh masyarakat nelayan berbangsa Cina di persisiran sungai Melaka. Pada tahun 1998 ianya telah dibaikpulih daripada derma hartawan serta masyarakat sekitar yang menganut ajaran Buddhisme.

 

Tokong Cheng Hoon Teng  
Tokong Cheng Hoon Teng merupakan salah satu tokong cina yang tertua di Malaysia. Tokong yang juga dekenali dengan nama Tokong Awan Biru telah dibina pada tahun 1673 oleh Kapitan Tay Kie Ki an dibangunkan seterusnya oleh Kapitan Li Wei King. Terletak di Jalan Tokong selari dengan Masjid Kampung Keling dan Kuil Sri Poyyata Vinayagar Moorthi.

 

  Tokong Hai Long Kong
Tokong Hai Long Kong terletak di Kampung bunga raya pantai ini telah berusia hampir 100 tahun dan telah dibina sepenuhnya sekitar zaman penjajahan Jepun di Malaya pada tahun 1940-an di percayai tokong ini asalnya sebuah tempat penyembahan kecil yang diperbuat daripada kayu sahaja. Daripada derma penduduk setempat dan juga golongan berada tokong ini telah dapat dibangunkan dari masa ke semasa.

 

Tokong Poh San Teng  
Tokong Poh San Teng terletak di kaki Bukit China dan di percayai telah dibina sekitar tahun 1795 oleh Kapitan Tsai Shih Chang. Berhampiran tokong ini terdapat perigi yang di kenali dengan nama San Pao Ching atau perigi raja yang mempunyai sejarah dan lagenda nya yang tersendiri