MENU

Apa itu Cukai Taksiran Harta

Cukai taksiran harta ialah cukai yang dikenakan ke atas semua pegangan / harta didalam kawasan pentadbiran Majlis berdasarkan kepada nilai tahunan dan kadar tahunan sebagaimana diperuntukkan di Bahagian XV , Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Mengapa Cukai dikutip?

Cukai taksiran dikenakan bagi membiayai :

  • Keperluan pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur awam dan prasarana seperti penyediaan kemudahan lampu awam, pondok bas, perhentian stesen bas / teksi, tandas awam, padang, tempat rekreasi, pasar, jalan, parit dan sebagainya.
  • Perkhidmatan pembersihan perbandaran di kawasan perumahan / perniagaan, kilang, taman-taman dan tempat-tempat awam melalui perkhidmatan pungut sampah, potong rumput, pengindahan bandar dan lain-lain.
  • Penyediaan dan penyelenggaraan medan selera, lampu-lampu jalan dan longkang di kawasan tumpuan utama, kesemua ini adalah untuk menjamin kesejahteraan rakyat khususnya penduduk dalam kawasan Hang Tuah Jaya.

 

Bagaimana Cukai Taksiran dibuat?

  • Cukai Taksiran dikenakan berdasarkan kepada nilai tahunan dan kadar tahunan
  • Nilai tahunan semasa diambilkira berdasarkan kepada aras nilai sewa semasa penyediaan senarai nilaian yang dikuatkuasakan.
  • Kadar tahunan semasa yang diwartakan dikenakan mengikut jenis harta, luas binaan dan kedudukan harta.

 

Contoh Kiraan

Jika sesuatu pegangan mempunyai :
Nilai Tambah : RM 600,000
Kadar Tahunan : 0.4 %

Maka, Cukai harta pegangan tersebut adalah seperti berikut :
RM 600,000 x 0.4 % /100 = RM 2400.00 setahun