MENU



Soalan & Jawapan
Bagaimana cukai taksiran dibuat?

a. Cukai taksiran dikenakan berdasarkan kepada Nilai Tahunan dan Kadar Tahunan. Nilai Tahunan Semasa diambil kira berdasarkan kepada nilai sewa semasa penyediaan Senarai Nilaian yang dikuatkuasakan. Kadar Tahunan Semasa yang diwartakan dikenakan mengikut jenis harta, luas binaan, dan kedudukan harta.

Apa itu cukai taksiran harta?

a. Cukai taksiran harta ialah cukai yang dikenakan ke atas semua pegangan/harta di dalam kawasan pentadbiran Majlis berdasarkan kepada Nilai Tahunan dan Kadar Tahunan sebagaimana diperuntukkan di Bahagian XV, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Contoh Kiraan

a. Jika sesuatu pegangan mempunyai : Nilai Tahunan : RM 2,000.00 Kadar Tahunan : 9.5% Maka cukai harta pegangan tersebut adalah seperti berikut : RM 2,000.00 x 9.5/100 = 190.00 Setahun.

Bolehkah pemilik membuat bantahan?

a. Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian dihantar kepada pemilik dalam masa 30 hari sebelum tarikh penguatkuasaan Cukai Taksiran Harta baru dikenakan. Pemilik yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan bantahan secara bertulis tidak lewat dari 10 hari sebelum tarikh penguatkuasaan cukai. Bantahan yang dikemukakan akan didengar dan diputuskan oleh Jawatankuasa Bantahan Cukai Taksiran MPHTJ sama ada pemilik hadir atau tidak. Sekiranya pemilik tidak bersetuju ddengan keputusan Jawatankuasa tersebut, pemilik boleh mengemukakan rayuan mengikut prosedur undang-undang yang dinyatakan dalam Akta 171.

Bilakah tempoh bayaran bagi bil-bil cukai kadaran?

a. Bayaran cukai perlu dijelaskan:- a) Setengah tahun pertama (1 hb Januari hinga 28 hb Februari) b) Setengan tahun kedua (1 hb Julai hingga 31 hb Ogos. Tarikh akhir bayaran pada 30 hb Ogos setiap tahun)

 Jika Maklumat ini tidak mencukupi sila hubungi :-

Nama : Hjh. Rohaya Bte Hj. Abdullah
Jawatan : Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta
Jabatan : Jabatan Pelesenan
Tel. : Tel : 06-232 3773
Samb. : 136
Emel : rohaya@mphtj.gov.my