FGD PELAN INDUK BANDAR PINTAR MPHTJ

Image
 
 
23 April 2024 – Sesi Focus Group Discussion (FGD) Pelan Induk Bandar Pintar Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron di Double Tree By Hilton Melaka, hari ini.
Sesi FGD itu merupakan platform untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan komuniti kawasan Hang Tuah Jaya ke atas Agenda Bandar Pintar @ Smart City sedang dilaksana di peringkat Perbandaran.
Sesi Libat Urus secara berkumpulan juga diadakan melibatkan :-
1. Kumpulan 1 SMART Governance
2. Kumpulan 2 SMART Mobility
3. Kumpulan 3 SMART Digital Infrastructure
4. Kumpulan 4 SMART Economy
5. Kumpulan 5 SMART Environment
6. Kumpulan 6 SMART People & SMART Living
7. Kumpulan 7 JPKK A & JPKK B
Hadir sama Pengarah Kewangan merangkap Menjalankan Tugas Bagi Setiausaha MPHTJ, Khyrul Syalwanee Abu Samah, Timbalan Ketua Ahli Majlis MPHTJ, Clr. Esrul Efindi Dahlan, Ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Bandar Pintar dan Rendah Karbon MPHTJ, Ketua Unit Satelit Smart City Pejabat Projek Zon Selatan, Gs. Fitri Abd Rahman, Penolong Setiausaha Kerajaan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Jabatan Ketua Menteri Melaka, Mohammad Ashshabru Syakirin Kamsol dan Pengarah Perancang Bandar MPHTJ, TPr. Ts. Rozaidi Mahat.
 
 
Pin It

qrcode mphtj.gov.myHang Tuah Jaya Municipal Council (MPHTJ),
SF-01, Aras 2, Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak - Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450, Ayer Keroh,
Melaka Darul Azim, Malaysia.

General Line 1 : +606 - 232 3773
General Line 2 : +606 - 232 2778

e-Mail : admin@mphtj.gov.my

Operating Hours : Monday - Friday (8:00am - 5:00pm)

  • Last Modified : Friday 19 July 2024.
01798167
Today: 209

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

MELAKAPAY

privasi

Statistik transaksi Pindahmilik Nama di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)