Amalan Nilai-nilai Murni MPHTJ
TELUS
Sentiasa bersikap positif dan terbuka dengan mewujudkan prosedur kerja & melaksanakan tindakan yang telus, lengkap serta menyelesaikan kerja mengikut masa yang ditetapkan.
AMANAH
Menjalankan tugas dengan penuh komitmen, dedikasi dan rasa tanggungjawab selaras dengan akur janji yang telah dilafazkan
INTEGRITI
Melaksanakan amanah dan kuasa yang diberikan dengan jujur dan saksama. Berkhidmat dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab serta sempurna dan utuh.
AKAUNTIBILITI
Mempunyai rasa tanggungjawab dan akauntabiliti di dalam segala tindakan dan kelakuan.
BERDISIPLIN
Sentiasa mengawal diri dan perilaku berlandaskan peraturan, prinsip, dan nilai-nilai murni. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan tekun dan taat tanpa penyeliaan yang rapi dan sentiasa menjaga imej diri, organisasi, perkhidmatan dan negara.
SEMANGAT BERPASUKAN
Menpunyai semangat kekitaan, bekerjasama, bertolak ansur dan sifat setia kawan dan muafakat yang tinggi untuk mencapai misi dan visi organisasi.