Latar Belakang

Image

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi kawasan Hang Tuah Jaya. MPHTJ mula beroperasi pada 1 Januari 2010.

Berkeluasan 36,050.01 ekar, Hang Tuah Jaya terletak di tengah-tengah Negeri Melaka meliputi kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dan merangkumi 3 Daerah iaitu sebahagian Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

MPHTJ berperanan penting kerana Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka terletak di dalam kawasan pentadbiran MPHTJ. Adalah menjadi aspirasi Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadikan kawasan Perbandaran  Hang Tuah Jaya ini sebagai kawasan kosmopolitan yang mampu menjana pembangunan pelbagai aspek.

MPHTJ berusaha gigih mengurus tadbir dan memastikan Hang Tuah Jaya membangun menjadi sebuah Bandaraya Pintar dari aspek pentadbiran, perkhidmatan dan perekonomian yan ideal untuk belajar, bekerja, mendiami dan berekreasi seiring dengan slogan Negeri Melaka ”Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia,Menggamit Dunia”. Perancangan yang teliti dan bersistematik menjadikan kawasan Perbandaran ini sebuah kawasan persekitaran  yang selamat, kondusif, dan mampan dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan penduduk.

Kawasan pentadbiran mengandungi sembilan (9) sebahagian mukim dalam daerah Negeri Melaka seperti berikut:-

Enam (6) di Daerah Melaka Tengah
  • Batu Berendam
  • Bukit Baru
  • Bukit Katil
  • Bachang
  • Peringgit
  • Ayer Molek
Satu (1) di Daerah Alor Gajah
  • Durian Tunggal
Dua (2) di Daerah Jasin
  • Ayer Panas
  • Sebahagian Mukim Kesang

Kawasan Pentadbiran MPHTJ turut mengandungi tujuh (7) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti berikut:-

No

Dun

1

Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh

2

Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu

3

Dewan Undangan Negeri Bukit Katil

4

Dewan Undangan Negeri Ayer Molek

5

Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal

6

Dewan Undangan Negeri Bemban

7

 Dewan Undangan Negeri Kesidang

Pin It

qrcode mphtj.gov.myMajlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ),
SF-01, Aras 2, Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak - Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450, Ayer Keroh,
Melaka, Malaysia.

Talian Am 1 : 06 - 2323/773
Faks Am: 06 - 2322/778
Faks Pejabat Yang Dipertua: 06-2322/746

e-Mel : admin@mphtj.gov.my

Waktu Operasi : Isnin - Jumaat (8:00am - 5:00pm)

  • Kemaskini Terakhir : Khamis 18 Jun 2026.
02071198
Today: 201

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

MELAKAPAY

privasi

Statistik transaksi Pindahmilik Nama di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)