+606 232 3773

ISNIN - JUMAAT : 08:00AM - 05:00PM

Integriti MPHTJ

PENGENALAN

Unit Integriti di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)  diwujudkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 yang bertanggungjawab dalam mengurus dan melaksanakan inisiatif-inisiatif serta tindakan berdasarkan 6 fungsi utama iaitu Tadbir Urus, Pengurusan Aduan, Pengukuhan Integriti, Pematuhan, Pengesanan dan Pengesahan serta Tatatertib secara yang lebih terancang, fokus, efisien dan optimum. Unit Integriti adalah bertanggungjawab terus kepada Yang Dipertua MPHTJ selaku Ketua Jabatan sebagaimana takrifan dalam pekeliling ini.

VISI

Mewujudkan organisasi dan warga MPHTJ yang cemerlang berteraskan Integriti

MISI

Memperkukuhkan Integriti warga MPHTJ melalui pematuhan kepada peraturan dan undang-undang berkuatkuasa, pembudayaan nilai-nilai murni dan pengamalan budaya kerja unggul

OBJEKTIF

Menjadikan tadbir urus organisasi MPHTJ berintegriti dan beretika dalam penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan berakauntabiliti.

SASARAN UTAMA

  1. Memastikan warga kerja MPHTJ sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan.
  1. Meningkatkan, memperkukuhkan dan seterusnya membudayakan integriti dalam perkhidmatan dan keputusan.
  1. Mengenal pasti ruang dan peluang yang berisiko tinggi terhadap keruntuhan integriti dan mengambil tindakan pembetulan dan pemulihan dengan segera dari semasa ke semasa.
  1. Memperkukuhkan hubungan silaturrahim dan kerjasama yang mantap di kalangan warga MPHTJ dalam melaksanakan tugas.

FUNGSI TERAS UNIT INTEGRITI

Carta Fungsi Teras Unit Integriti

POLISI ANTI RASUAH MPHTJ

 POLISI PENERIMAAN HADIAH

    • Polisi Penerimaan Hadiah terpakai kepada Badan Pentadbir (Governing Body), Ahli Majlis, Pegawai dan Kakitangan MPHTJ serta terpakai kepada ejen yang bertindak bagi pihak MPHTJ termasuk semua kontraktor, subkontraktor, pembekal, konsultan, wakil dan lain-lain yang menjalankan kerja atau perkhidmatan untuk atau bagi pihak MPHTJ.
  • Polisi ini terbatal sekiranya pemberian dan penerimaan hadiah mempunyai unsur :-
  • Berniat Rasuah (corruptly or with corrupt intention);
  • Mempunyai perhubungan dengan kerja rasmi pegawai;
  • Tidak dibuat dengan suci hati (not in good faith); atau
  • Niat Jenayah (mens rea).

 POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT (WHISTLEBLOWING POLICY)

    • Polisi Pemberian Maklumat (Whistleblowing Policy) adalah bertujuan menggalakkan warga kerja MPHTJ melaporkan sebarang kes rasuah atau pelanggaran tatakelakuan, salah guna kuasa dan penyelewengan ke Unit Integriti
  • Identiti dan maklumat peribadi Pemberi Maklumat (Whistleblower) akan dilindungi di bawah Pelindungan Pemberi Maklumat dan disimpan secara rahsia serta tidak akan didedahkan melainkan dikehendaki oleh prosiding undang-undang atau bagi maksud apa-apa prosiding.

 PERLINDUNGAN KEPADA PEMBERI MAKLUMAT

    • Perlindungan kepada Pemberi Maklumat akan diberi jika pendedahan dibuat adalah benar, jujur dan dengan niat yang baik serta pendedahan tidak dibuat untuk kepentingan peribadi.
  • Tiga (3) aspek utama perlindungan maklumat sulit oleh Pemberi Maklumat iaitu sebagaimana dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) seperti berikut:-
  • Maklumat Orang yang diadukan (melakukan kelakuan tidak wajar);
  • Maklumat bagi mana-mana orang lain yang dinamakan (terlibat dalam pendedahan kelakuan tidak wajar); dan
  • Maklumat mengenai sesuatu pendedahan kelakuan tidak wajar.
  • Perlindungan ke atas pemberi maklumat boleh terbatal sekiranya:-
  • Pemberi maklumat terlibat perlakuan yang tidak wajar;
  • Pemberi maklumat dengan sengaja memberikan kenyataan palsu;
  • Pendedahan maklumat berniat jahat; dan
  • Pendedahan maklumat adalah perkara remeh dan menyusahkan.

 PERATURAN MENJALANKAN PEKERJAAN LUAR BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA

    • Pegawai dan Kakitangan MPHTJ boleh dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Yang Dipertua, menjalankan mana-mana aktiviti atau melaksanakan mana-mana perkhidmatan yang dinyatakan dalam subkaedah itu, sama ada bagi faedahnya atau bagi faedah saudara-maranya yang dekat atau mana-mana badan tidak mencari keuntungan yang baginya dia menjadi seorang pemegang jawatan.

 

  1. GARIS PANDUAN PENERAPAN ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL PEGAWAI DAN KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA
    • Pegawai dan kakitangan MPHTJ yang menggunakan media sosial hendaklah:-

 

  • Tidak mendedahkan sebarang maklumat rasmi MPHTJ yang tidak mempunyai kelulusan daripada Yang Dipertua MPHTJ.
  • Memuat naik atau berkongsi maklumat, pautan, gambar, video atau bahan-bahan yang mempunyai unsur fitnah, lucah , perkauman, ancaman, hasutan, dan jenayah
  • Tidak menggunakan media sosial untuk kepentingan peribadi semasa waktu pejabat.

 PELAKSANAAN INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN

    • Integrity Pact merupakan satu proses pengisytiharan oleh pembida / orang awam untuk tidak menawar atau memberi rasuah bagi mendapatkan kontak atau sebagai ganjaran mendapatkan sesuatu kontrak dan bagi mempercepatkan sesuatu kontrak dan urusan Perolehan Kerajaan.

 

  • Pembida, orang awam dan pegawai kerajaan akan menandatangani satu pact atau perjanjian untuk tidak melakukan perbuatan rasuah dalam pelaksanaan sesuatu kontrak serta menggariskan tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku pelanggaran pact atau kontrak tersebut.

 SALURAN ADUAN INTEGRITI MPHTJ

    • SEGALA MAKLUMAT ANDA DIRAHSIAKAN
      1. Temujanji / Telefon
        • 06-2323773
      2. Pos Surat
        • YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA

SF-01, Aras 2, Kompleks Melaka Mall

Jalan Tun Abdul Razak Lebuh Ayer Keroh

Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka

(U.P.: Ketua Unit Integriti)

  • Email
    • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  1. e-Integriti
Pin It
Pelawat Dari Jan 2022
01675228
  • Kemaskini Terakhir : Sabtu 02 September 2023.
logo ypkt footer

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya,
SF-01, Aras 2, Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak - Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450, Ayer Keroh, Melaka.

GPS : 2°13'56.0"N 102°16'55.7"E

Talian Am : +606 - 232 3773 / +606 - 232 2778
e-Mel : ydp@mphtj.gov.my

 

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

MELAKAPAY

privasi

Statistik transaksi Pindahmilik Nama di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)