
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) berfungsi untuk memberikan perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada masyarakat MPHTJ juga akan memastikan pentadbiran di dalam kawasan Hang Tuah Jaya menjadi sebuah bandaraya Pintar dari aspek pentadbiran, perkhidmatan dan ekonomi yang ideal untuk belajar, bekerja, didiami dan berekreasi. Perancangan yang teliti dan bersistematik menjadikan kawasan perbandaran ini kawasan persekitaran yang selamat, kondusif dan dapat mempertingkatkan kualiti kehidupan penduduk.
MPHTJ berperanan penting kerana pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka terletak di dalam kawasan pentadbirannya. Adalah menjadi aspirasi Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadikan kawasan Perbandaran Hang Tuah Jaya ini sebagai kawasan cosmopolitan yang mampu menjana pembangunan pelbagai aspek meliputi ekonomi, sosial, infrastruktur dan rekreasi.
Dasar Pelesenan dan Kawalan Perniagaan
Perancangan Pembangunan
Kawalan Bangunan
Pengurusan Penilaian dan Harta
Pengurusan Lalulintas dan Tempat Letak Kereta
Penyelenggaraan Landskap
Perancangan dan Pelaksanaan Projek
Undang-Undang dan Penguatkuasaan
Kesihatan Awam
Pembersihan Awam

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ),




