Gereja

Image
Image

Gereja Christ Melaka

Gereja Christ di jalan gereja mula dibina pada tahun 1741 siap sepenuhnya pada tahun 1753. Gereja sederhana besar ini merupakan bangunan batu yang kukuh dengan senibina gereja yang terdapat di Belanda. Di samping berperanan sebagai tempat beribadat dan penganut Protestant, terdapat juga beberapa pembesar dan paderi yang di kebumikan di ruang gereja ini.

Gereja Christ, Jalan Gereja, Bandar Hilir, 75000 Malacca

062848804

-

-

Image

Gereja St. Peters

Gereja st peters adalah salah sebuah gereja Katolik yang tertua di Malaysia. Ianya terletak di Jalan Tun Sri Lanang (dahulunya dikenali sebagai jalan Bendahara).ianya di bina sekitar tahun 1701,yang dikelolakan oleh pentadbiran Bishop di Macau bertujuan menyebarkan fahaman Kristian Katolik kepada penduduk setempat. Tapak gereja ini di sumbangkan oleh seorang pembesar Belanda yang bernama Franz Amboer menandakan tamatnya permusuhan fahaman pembinaan Gereja Katolik di Melaka. Reka bentuk gereja ini mirip kepada reka bentuk gereja yang terdapat di Portugal.

166, Lorong Bendahara, Kampung Bukit China, 75100 Melaka

062822950

-

-

Image

Gereja St. Francis Xavier

Gereja St.Francis Xavier yang terletak di antara dua jalan iaitu di Jalan Laksamana dan Jalan Gereja,telah dibina pada tahun 1849 diatas tapak gereja yang dibina oleh Fr.Gasper de Cruz pada tahun 1553 iaitu selepas lebih 40 tahun portugis menakhluk Melaka. Gereja tersebut di kenali sebagai Dominican Conven of Our Lady of the Rosary. Gereja ini di namakan sebagai gereja St. Francis sempena nama seorang paderi terkenal iaitu Fr.st. Francis Xavier. Ia dibina menyerupai Cathedral of St. Peter di selatan perancis yang mempunyai 2 menara dan merupakan salah sebuah gereja katolik yang tertua di Malaysia yang terus digunakan hingga ke hari ini.

12, Jalan Banda Kaba, Bandar Hilir, 75000 Melaka

062824770

-

Image

Gereja Tamil Methodist

Gereja Tamil Methodist yang berusia 100 tahun telah dibina pada tahun 1908, ciri aslinya sebagai sebuah bangunan bersejarah masih kekal sehingga hari kini. Gereja Methodist terawal di Melaka ini telah dibina daripada derma terkumpul sebanyak US 5,000 daripada empat kaum utama iaitu cina,inggeris, baba dan Tamil yang menganut ajaran Methodist di Melaka. Derma usaha tersebut telah diterajui oleh Bishop William F.Oldham.

Jalan Tokong, Kampung Tiga, 75200 Melaka

0122323442

-

-

Pin It

qrcode mphtj.gov.myMajlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ),
SF-01, Aras 2, Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak - Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450, Ayer Keroh,
Melaka Darul Azim, Malaysia.

Talian Am 1 : +606 - 232 3773
Talian Am 2 : +606 - 232 2778

e-Mel : admin@mphtj.gov.my

Waktu Operasi : Isnin - Jumaat (8:00am - 5:00pm)

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 18 Oktober 2024.
01849239
Today: 312

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

MELAKAPAY

privasi

Statistik transaksi Pindahmilik Nama di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)