Iklan Jawatan Kosong


BIL NAMA JAWATAN GRED KEKOSONGAN TARAF JAWATAN
1 PEMBANTU KESIHATAN AWAM (U19) U19 1 KONTRAK

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di MPHTJ

Iklan Jawatan Kosong ini boleh dicapai dengan melayari Laman Web Rasmi MPHTJ iaitu http://www.mphtj.gov.my

Semua permohonan jawatan dimestikan menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara dalam talian (online). Sila ke pautan yang diberikan seperti berikut https://bit.ly/PermohonanPekerjaanMPHTJ

Permohonan mestilah memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon sebelum memohon jawatan. Skim perkhidmatan boleh dirujuk pada Iklan Jawatan Kosong.

Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan Kad Pengenalan, sesalinan Sijil Kelahiran, gambar terkini berukuran pasport dan sijil-sijil kelayakan akademik. Sila pastikan setiap dokumen tersebut hendaklah DISAHKAN. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan serta tidak disahkan akan ditolak dengan serta merta. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi disertakan bersama. Pemohon-pemohon yang tidak menerima apa-apa surat pemakluman, apa-apa temuduga atau apa-apa tawaran pelantikan daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya selepas satu (1) tahun dari tarikh tutup iklan jawatan kosong ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Julai 2024 (Jumaat).

 


Iklan Jawatan Kosong MPHTJ di SINI 

 

Pin It

qrcode mphtj.gov.myMajlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ),
SF-01, Aras 2, Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak - Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450, Ayer Keroh,
Melaka Darul Azim, Malaysia.

Talian Am 1 : +606 - 232 3773
Talian Am 2 : +606 - 232 2778

e-Mel : admin@mphtj.gov.my

Waktu Operasi : Isnin - Jumaat (8:00am - 5:00pm)

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 19 Julai 2024.
01798131
Today: 173

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

MELAKAPAY

privasi

Statistik transaksi Pindahmilik Nama di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)